Saturday, April 27, 2019

Makalah ke 4 - Kebaikan Abu Bakar As Siddiq

عن عُمرَ رضي الله عنه أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قال لِجِبرِيْلَ عليه السلام صِفْ لِيْ حَسَنَاتِ عُمَرَ فقال لو كانتِ البِحَاْرُ مِدَاداً والشجرُ اقْلاماً لَما حَصَرْتُها فقال صفْ لِيْ حسناتِ أبي بكرٍ فقال عمرُ حَسَنَةٌ مِنْ حسناتِ أبي بكر
Dari Umar ra, sesungguhnya Nabi Sollahu alaihi wasallam telah bersabda kepada Malaikat Jibril as ‘sifatilah bagiku kebaikan-kebaikan Umar,” Lalu Jibril menjawab, “Apabila lautan jadi tinta, pepohonan jadi penanya, maka aku tidak dapat menghitungnya.” Lalu Nabi bersabda “Sifatilah bagiku kebaikan-kebaikan Abu Bakar.” Lalu Jibril menjawab,”Umar adalah salah satu kebaikan dari kebaikan-kebaikan Abu Bakar.

عِزُّ الدُّنيا بِالْمالِ وعِزُّ الآخِرَةِ بِصَالِحِ الأعمال
Kemulian dunia dengan harta, sedangkan kemulian akhirat dengan amal soleh.

Ms 17 

Wednesday, April 24, 2019

Makalah



قال عمرُ رضي الله عنه عَشَرَةٌ لا تَصلُحُ بغَيرِ عَشَرَةٍ لا يصلُحُ العقلُ بغير ورعٍ ولا العملُ بغير علمٍ ولا الفوزُ بغير خَشيَةٍ ولا السُّلطانُ بغير عدْلٍ ولا الحَسَبُ بلا أدَبٍ ولا السُّرُورُ بغيرِ أَمْنٍ ولا الغِنَى بغير 
جُوْدٍ ولا الفقرُ بغير قناعةٍ ولا الرِّفْعَةُ بغير تَواضعٍ ولا الجهاد بغير توفيق
Umar ra mengatakan, bahawa ada 10 perkara yang tidak akan beres, kecuali dengan adanya 10 perkara yang lain, iaitu :

a.    Akal tidak akan beres tanpa wara’
b.    Amal tidak akan beres tanpa ilmu.
c.     Kebahagian tidak akan beres tanpa takut kepada Allah
d.    Raja tidak akan beres tanpa keadilan
e.    Keturunan tidak akan beres tanpa kesopanan
f.      Kegembiraan tidak akan beres tanpa ketenangan hati

g.    Kekayaan tidak akan beres tanpa sifat murah hati/dermawan h.    Kefakiran tidak akan beres tanpa hidup qana’ah
i.      Kemuliaan turunan tidak akan beres tanpa adanya kerendahan hati 
j.      Jihad tidak akan beres tanpa adanya pertolongan Allah

PENJELASAN

a.       Akal tidak akan beres tanpa wara’
Pentingnya Aqal Menurut Para Ulama’
Menurut ulama ahli balaghah :
خيرُ المَوَاْهِبِ العقلُ وشَرُّ الْمَواْهِبِ الجَهلُ
Sebaik-baik karunia adalah akal, seburuk-buruk musibah adalah bodoh
قال بعضُ الأُدَبَاءِ : صديقُ كُلِّ اْمرِئٍ عَقْلُهُ وعَدُوُّهُ جَهلُهُ وقد جعَلَ العقلُ اصلا للدين وعماداً لَهُ
Sebahagian ulama ahli sastera mengatakan, bahawa sahabat setiap orang adalah akalnya. Adapun musuhnya adalah kebodohannya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan akal sebagai salah satu sumber hukum agama dan menjadi tiang agama.
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda tentang aqal sebagai berikut :

العقلُ نورٌ في القلب يُفَرِّق بين الحقِ والباطلِ
Akal ialah cahaya di dalam hati yang dapat memisahkan antara yang hak dengan yang batil.

b.       Amal tidak akan beres tanpa ilmu. 
Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
افضلُ الأعمالِ العِلمُ بالله إنَّ العِلمَ ينفَعُكَ معَهُ قليلُ العَمَلِ وكثيرُهُ وإن الجَهلَ لا ينْفَعُكَ معهُ قليلُ العملِ ولا كثيرة – رواه الحاكم
Amal yang paling utama adalah pengetahuan tentang Allah. Sesungguhnya ilmu itu bermanafaat bila disertai amal sedikit maupun amal yang banyak dan mengetahi bahawa bodoh itu tidak akan bermanafaat baik amal yang sedikit maupun amal yang banyak - Hakim

c.       Kebahagian tidak akan beres tanpa takut kepada Allah
Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
لا يدخلُ الجنةَ من بكَى مِنْ خشيةِ اللهِ حتى يلِجَ اللبنُ في الضَّرْعِ
Tidak akan masuk syurga orang yang menangis, kerana rasa takut kepada Allah, sehingga air susu masuk ke lubang tetek/susu.

d.       Raja tidak akan beres tanpa keadilan
احبَّ الناسِ إلى الله تعالى يومَ القِيامةِ وادْناهم منهُ مَجْلِساً إمامٌ عادلٌ وابغَضُ الناس إلى الله يوم القيامةِ واَبْعَدُهم منه مجلساً إمامٌ جائِرٌ – رواه الإمام احمد والترمذي
Manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat adalah orang yang paling rendah tempat duduknya, iaitu pemimpin yang adil, dan manusia yang paling dibenci Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling jauh tempat duduknya iaitu pemimpin yang zalim – Ahmad & Turmizi

e.    Keturunan tidak akan beres tanpa kesopanan
f.      Kegembiraan tidak akan beres tanpa ketenangan hati
g.    Kekayaan tidak akan beres tanpa sifat murah hati/dermawan
h.    Kefakiran tidak akan beres tanpa hidup qana’ah

كُنْ وَرَعا تكنْ اعْبَدَ الناسِ وكُنْ قانِعاً تَكُنْ اَشكَرَ الناسِ واَحَبَّ للناس ما تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تكُنْ مُوْمنا واحسِنْ مُجاوَرَةَ مَنْ جاوَرَكَ تَكُنْ مُسلماً واقِلَّ الضَّحِكَ فإنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ القلبَ

Jadilah orang yang wara’ tentu engkau menjadi hamba yang paling baik di antara manusia dan jadilah engka orang yang qana’ah, tentu engkau menjadi orang yang paling bersyukur di antara manusia. Berbuat baiklah engkau di dalam bertetangga dengan orang yang menjadi tetanggamu, tentu engkau menjadi orang Islam yang sempurna. Dan sedikitkanlah tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikah hati.

i.    Kemuliaan turunan tidak akan beres tanpa adanya kerendahan hati
j.      Jihad tidak akan beres tanpa adanya pertolongan Allah

Makalah Ke 2 Ms 16

عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه  مَن دخل القبرَ بَلا زادٍ فكأنما ركِبَ البَحْرَ بلا سفينةٍ
Abu Bakar As Siddiq ra berkata : Barang siapa yang masuk kubur tanpa bekal seakan-akan tanpa bekal seakan-akan dia mengarungi lautan tanpa kapal (perahu)

قال صلى الله عليه وسلم ما المَيِّتُ في قبْرِهِ إلا كالغَرِيْقِ المُغَوِّث

Nabi Sollahu Alaihi Wasallam bersabda : Keadaan mayat dalam kubur tak ubahnya bagaikan orang yang tenggelam meminta tolong.
Mukasurat 16 - 17

Tuesday, April 23, 2019

Makalah Ke 2 Ms 14 - 16

Pertama
قال عليه السلام : عليكم بِمُجَاْلَسَةِ العُلماءِ واسْتِماعِ كلامِ الحُكماءِ فإنَّ الله تعالى يُحيي القلبَ الميِّتَ بنُورِ الحِكمةِ كما يُحيي الأرضَ المَيتَةَ بِماءِ المَطَر
Nabi Saw telah bersabda : “Hendaklah kalian duduk bersama ulama dan mendengarkan perkataan mereka yng bijaksana, kerana sesungguhnya Allah ta’ala menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan.

Kedua

وفي رواية الطبراني عن أبي حَنِيْفةَ : جَاْلِسُوا الكُبراءَ وسَاْئِلوا العلماء وخالِطُوا الحُكماء
Dan di dalam hadis riwayat Imam Thabrani dan Abu Hanifah : “Pergaulilah pembesar-pembesar dan bertanyalah kepada ulama dan pergaulilah para hukama”.


Ketiga
وفي روايةٍ : جالِسِ العلماءَ وصاحِبِ الحُكماءَ وخالطِ الكُبراءَ
Dan di dalam satu riwayat: “duduklah bersama ulama pergaulilah para hukama, dan campurilah para pembesar ulama’.

Keterangan Ulama terbahagi menjadi 3 golongan :

a.    Ulama yang sangat ahli di dalam hukum-hukum Allah Ta’ala, iaitu ulama penasihat yang disebut’ أصحاب الفتوى

b.    Ulama yang sangat ma’rifat akan zat Allah yang disebut Hukama’

c.    Kedua golongan ulama ini sama-sama menitikberatkan kepada upaya perbaikan tingkah laku atau akhlak. Sebab, hati mereka selalu melihat dengan ma’rifatnya terhadap Allah dan selalu terbuka dengan cahaya keagungan Allah.

d. Al Kubara’ (ulama-ulama besar).

Sesungguhnya mencampuri ahli Allah dapat menghasilkan situasi yang terpuji. Lirikannya lebih memberi manafaat daripada ucapannya. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manafaat kepadamu, maka bermanafaatlah ucapannya, dan barang siapa yang lirikannya tidak memberi manafaat kepadamu, maka ucapannyapun tidak akan manafaat.

Dalam cerita : Imam Suhrawardi mengelilingi sebahagian masjid Khaif di Mina. Ia berjabat tangan dengan orang banyak. Orang-orang bertanya kepadanya di dalam, lalu ia menjawab “sesungguhnya Allah mempunyai beberapa hamba yang apabila mereka melihat kepada seseorang, mereka mengusahakan agar orang yang dilihatnya bahagia, maka saya sedang mencarinya.
   
Keempat
قال النبي صلى الله عليه وسلم سيأتي مانٌ على أمتي يَفِرون منَ العلماءِ والفُقَهاءِ فيَبْتَلِيْهِم اللهُ بثلاثِ بَلِيَّاتٍ : أولها يَرفَعُ اللهُ البرَكةَ منْ كَسْبِهِم والثانية يُسَلِّطُ الله تعالى عليهم سُلطاناً ظالما والثالثةُ يَخْرُجُون من الدنيا بغير إيمانٍ

Nabi SAW telah bersabda “akan datang suatu masa kepada umatku, di mana mereka lari dari ajaran para ulama dan fuqaha’, maka Allah akan menurunkan bala (musibah) kepada mereka dengan 3 macam musibah iaitu

§  Allah menghilangkan berkat dari usahanya.
§  Allah menjadikan raja yang zalim buat mereka.
§  Allah akan mengeluarkan mereka dari dunia (mati) tanpa iman

Makalah Ke 2 Muka Surat 14 hingga 16

Penerbit Pustaka Amani Jakarta

BAB 1 PENDAHULUAN



بسم الله الرحمن الرحيم
1.    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

الحمدُ لله الذي جعل العِلمَ ارفَعَ الصِّفاتِ الكَماَلِيةِ
2.    Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan ilmu dengan sifat yang paling tinggi dan sempurna.

Makalah 1 Ms 13


خصلتاْنِ لا شَيْءٍ افضلُ منْهُما الإيْمَأنُ بالله والنَّفعُ لِلْمُسْلِمِين
Dua perkara tidak ada yang lebih utama dari keduanya iaitu : Iman kepada Allah dan memberi manafaat kepada orang Islam (baik dengan ucapan, kuasa, harta atau dengan tenaga)
 مَنْ اَصْبَحَ لا يَنْوِيْ الظُّلمَ على أَحَدٍ غُفِرَ لَهُ ما جَنَى ومَنْ اَصْبَحَ نُصْرَةَ الْمَظْلُومِ وقضاءَ حاجَةِ الْمُسْلِمِ كانَتْ لهُ كأجْرِ حُجَّةِ مَبْرُورةٍ
Barang siapa bangun pagi dan tidak bermaksud menzalimi seseorang, maka ia diampuni dosa-dosanya. Dan barang siapa menolong orang yang teraniaya serta memenuhi keperluan orang Islam, maka ia mendapatkan Pahala seperti Pahala haji mabrur.
اَحَبَّ العِبادِ إلى الله تعالى اَنْفَعَ الناسِ للناس وافضلُ الأعمالِ اِدخالُ السُرُورِ على قلبِ الْمُؤمِنِ يَطْرُدُ عنهُ جُوعا أو يَكْشِفُ عنهُ كَرْباً أو يقضي له دَيْناً
Manusia yang paling dicintai Allah Ta’ala ialah manusia yang paling bermanafaat bagi manusia yang lain. Dan seutama-utama amal ialah menyenangkan hati orang yang beriman dengan cara menghilangkan kelaparan, kesusahan, atau melunasi hutangnya.
 وخصلتان لا شيءَ اَخْبَثُ منهُما الشِّرْكُ والضُّرُّ بالْمُسلمين
Dua perkara yang lebih kotor dan keji daripada keduanya adalah menyengutukan Allah dan mendatangkan kemudharatan bagi kaum muslimin.